HSC CONSULTANT AND SERVICES SDN BHD (HSC)

HSC telah mendapat persetujuan dan telah menandatangi perjanjian dengan pihak ANGKASA untuk menawarkan pakej-pakej ekslusif bagi seluruh kakitangan kerajaan di Malaysia. Selain pakej-pakej yang ditawarkan, kami pasti akan menawarkan pakej-pakej yang lebih menarik di masa akan datang.

Dengan adanya Pakej Ziarah Bumi Anbia', Pakej Peralatan Perniagaan dan Pakej Pembantu Rumah yang ditawarkan ini, kami yakin dapat membantu kakitangan kerajaan dalam memudahkan pelbagai perkara dalam kehidupan harian serta membantu menjana ekonomi diri dan keluarga.

Matlamat Kami

Selain memudahkan proses, pakej-pakej ini semestinya menarik kerana TIADA DEPOSIT DIKENAKAN dan kami akan membantu anda menguruskan kesemua proses bermula dari pinjaman, penghantaran, taklimat dan juga latihan.

Selain membantu menjana ekonomi keluarga kakitangan awam (Pakej Peralatan Perniagaan), dapat menziarah bumi para Anbia dan menunaikan Umrah (Pakej Ziarah) dan juga membantu kakitangan awam untuk mendapatkan Pembantu Rumah yang jauh lebih murah, terlatih dan lebih selamat (Pakej Pembantu Rumah.

PELUANG

Pernahkah anda berniat untuk menghantar ayah dan ibu tercinta untuk menunaikan Umrah? Pernahkan anda terfikir untuk membantu adik-beradik yang kesusahan untuk menyara kehidupan keluarganya? Dan kami pasti anda pernah terfikir untuk meringankan beban isteri di rumah dengan kerja-kerja harian.

Kini PELUANG anda untuk berbakti kepada orang-orang yang tersayang sudah terbuka. Pastinya segala pengorbanan anda akan diberi ganjaran dunia dan akhirat. Selain mengambil peluang untuk diri sendiri, inilah masa yang sesuai untuk anda menabur bakti kepada insan yang tersayang.

SOALAN LAZIM

SIAPAKAH YANG LAYAK MEMOHON?

Semua Kakitangan Kerajaan yang menjadi anggota koperasi di bawah Biro ANGKASA.

KAKITANGAN KERAJAAN TIDAK DIBENARKAN BERNIAGA. MACAMANA?

Matlamat HSC adalah untuk membantu ahli keluarga kepada kakitangan kerajaan. Sebagai contoh: isteri tidak bekerja, maka bolehlah suami buatkan pinjaman dan isteri yang jalankan perniagaan supaya dapat membantu menjana pendapatan.

ADAKAH PERLU MEMILIKI SYARIKAT PERNIAGAAN BERDAFTAR UNTUK BUAT PINJAMAN (PERALATAN PERNIAGAAN)?

Tidak perlu.

APAKAH CARA HSC BOLEH MEMASTIKAN YANG PEMINJAM TIDAK DIBEBANI HUTANG JIKA MENJALANKAN PERNIAGAAN?

Kami akan memberikan KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN DAN KEWANGAN secara PERCUMA. Diikuti denga kursus-kursus seperti LANJUTAN KEUSAHAWANAN DAN KEWANGAN, PEMASARAN, BRANDING, PROMOSI, PEMASARAN MELALUI MEDIA SOSIAL serta TEKNIK SUNTINGAN VIDEO DAN PEMASARAN YOUTUBE. Dengan harga jauh lebih murah dari pasaran. Selepas tamat kursus, kami juga akan memantau perniagaan yang dijalankan dan akan memberi nasihat dan cadangan dari masa ke semasa.

BERAPAKAH CAJ YANG DIKENAKAN UNTUK PIHAK HSC MENGURUSKAN SEMUA PROSES?

TIADA sebarang caj,TIADA sebarang deposit dikenakan dan TIADA penjamin diperlukan.

ADAKAH MEREKA YANG DISENARAIKAN DALAM CCRIS DAN CTOS JUGA LAYAK?

Untuk CRIS – mereka perlu menjelaskan hutang tertunggak mereka dan sekurang-kurangnya meninggalkan baki 2 bulan tertunggak. Untuk CTOS – mereka perlu mendapatkan surat pelepasan dari agensi pinjaman yang dibuat.

BAGAIMANA DAN BERAPA LAMA PROSES PINJAMAN DILULUSKAN?

Pemohon perlu memberi SLIP GAJI TERKINI kepada kami untuk kami semak jumlah kelayakan pinjaman. Setelah disemak, pegawai kami akan menyerahkan borang-borang untuk diisi oleh pemohon. Kesemua borang yang telah lengkap diisi, kami akan serahkan kepada pihak koperasi yang terpilih untuk proses seterusnya. Kelulusan dari pihak koperasi akan mengambil masa antara 14 HARI sehingga 30 HARI bekerja. Pihak HSC akan memaklumkan pada pemohon sekiranya pihak koperasi telah meluluskan pinjaman.

DENGAN KOPERASI MANAKAH PIHAK HSC AKAN URUSKAN PINJAMAN KAMI?

Terdapat beberapa senarai koperasi yang telah dicadangkan oleh pihak ANGKASA. Jika pemohon ingin memproses permohonan dengan koperasi pilihan sendiri, pemohon disarankan supaya memaklumkan kepada pihak HSC. Kami juga akan membantu pemohon untuk berurusan dengan koperasi pilihan tersebut.

BERAPA PERATUSKAH KADAR FAEDAH PINJAMAN YANG DIKENAKAN OLEH PIHAK KOPERASI?

Tertakluk kepada koperasi yang dipilih. Pegawai kami akan memaklumkan kepada pemohon semua maklumat sebelum memproses sebarang permohonan.

APAKAH YANG DITAWARKAN DALAM PAKEJ PERALATAN PERNIAGAAN?

Kesemua peralatan adalah dari yang berjenama dan tahan lasak. 1 TAHUN JAMINAN diberikan. Pembekal akan terus menghantar, memasang, mengujilari dan memberi latihan asas penggunaan peralatan kepada anda. Selain itu, kami juga tawarkan KURSUS ASAS PERNIAGAAN DAN KEWANGAN secara PERCUMA. Kursus akan diadakan sekurang-kurangnya SEBULAN selepas anda menerima peralatan.

APAKAH YANG DITAWARKAN DALAM PAKEJ ZIARAH BUMI ANBIA?

Ziarah ke Bumi Anbia' khasnya akan dikendalikan oleh Syarikat pelancongan yang mempunyai pengalaman lebih seratus kali menjejakkan kaki bersama para jemaah di bumi Palestin. Taklimat penuh akan disediakan dalam apa jua pakej umrah atau pakej ke bumi para Anbia yang lain. Anda pastinya akan kagum dengan penceritaan sejarah Islam semasa lawatan.

APAKAH YANG DITAWARKAN DALAM PAKEJ PEMBANTU RUMAH?

Sudah pastinya kami akan menawarkan khidmat pembantu rumah dari Indonesia yang jauh lebih MURAH dari harga pasaran. Dengan kerjasama dari pihak Indonesia, semua pembantu rumah sudah dipastikan terlatih, profesional dan baik dari segi kesihatan.